Masjid Muadz bin Jabal

Muat-turun

  1. Borang Banci Anak Kariah
  2. Borang Ahli Khairat Kematian (Takaful Keluarga)
  3. Borang doa selamat malam Jumaat
  4. Borang tahlil arwah malam Jumaat
  5. Borang permohonan tahlil arwah bulan Ramadhan
  6. Teks khutbah jumaat minggu ini

Borang muat-turun adalah didalam format fail Adobe Acrobat (.pdf).
Klik ikon dibawah untuk muat-turun Acrobat Reader jika komputer anda tiada perisian ini.

Borang atas talian

Buku Tamu

Klik disini untuk masuk ke halaman Buku Tamu kami.

Sudikan mengisi sedikit komen anda tentang laman web kami  di buku tamu tersebut.

Web mail masjid

Berita masjid

Daftar e-mel anda dengan masjid untuk menerima makluman atau berita terkini masjid dari masa kemasa.
Klik disini untuk mendaftar e-mel anda sekarang.
 

Juru Nikah Kariah Masjid

Penolong Daftar Nikah Cerai dan Ruju' Masjid
Nama : Ustaz Hj Muadzeen bin Ackil
Tel : 013-4331037
Alamat : Masjid Muadz bin Jabal

Sebarang masalah atau urusan nikah cerai dan ruju sila hubungi Ustaz Hj Muadzeen.
<Lihat Jadual Bertugas Juru Nikah>

 

 

Pelan Takaful Khairat Kematian

E-mail Cetak PDF

Perlindungan dan manfaat Takaful bagi kematian di atas semua sebab adalah seperti berikut-:

Sumbangan tahunan adalah tetap iaitu RM15 dan pendaftaran RM5.00 (RM20.00) bagi satu keluarga walaupun terdapat kurang dari 3 orang anak atau hanya satu
penjaga( suami/isteri) sahaja.

Bagi suami yang mempunyai lebih dari satu isteri maka setiap isteri dan anak-anaknya akan dikenakan tambahan sumbangan RM15 + RM5 pendaftaran, iaitu dikira sebagai satu
unit keluarga.

Skop perlindungan
• kematian akibat penyakit
• kematian akibat kemalangan

Manfaat Kematian
Ahli atau pasangan (18-65 tahun) RM1000
Ahli atau pasangan (66-75 tahun) RM500
Anak (sehingga 3 kematian dalam setahun dari semua anak-anak layak dalam keluarga tersebut)  RM500

Pelan ini hendaklah diperbaharui setiap tahun.

Pelan Takaful Keluarga Khairat Berkelompok disusun dengan tujuan untuk menyediakan manfaat takaful dalam bentuk bantuan kewangan jika ditakdirkan orang yang dilindungi meninggal dunia.

Pelan ini menyediakan perlindungan takaful kepada sekumpulan orang di bawah satu perjanjian (Sijil Takaful). Yang demikian urusan pentadbiran pelan ini dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan teratur

Ciri-Ciri Pelan
• Sumbangan berbentuk tahunan iaitu RM15 setiap unit keluarga
• Setiap unit keluarga dibenarkan menyertai satu unit pelan ini sahaja
• Penyertaan minimum seramai 20 orang

Kelayakan

Umur kelayakan, bagi dewasa ialah 18 hingga 75 tahun manakala bagi kanak kanak ialah 6 bulan hingga 17 tahun. Anak anak yang berumur melebihi 17 tahun tetapi kurang dari 23 tahun layak dilindungi sekiranya mereka masih di bawah tanggunggan ibu bapa masing masing. Anak anak berumur 23 tahun keatas boleh menyertai mana mana pelan takaful atau menyertai pelan ini sebagai satu unit berasingan.Anak angkat, ditakrifkan sebagai anak yang dibela sejak kelahirannya dan hendaklah disahkan oleh jawatankuasa masjid menganai statusnya.Anak tiri, anak kepada seorang duda atau janda yang dikahwini semasa tempoh sijil berkuatkuasa layak dilindungi.Anak yang cacat, berumur diantara 6 bulan sehingga 23 tahun dan apabila berumur 23 tahun keatas hendaklah menyertai pelan ini sebagai unit yang berasingan dengan manfaat takaful sebagai ketua keluarga.Perkahwinan, ahli yang berkahwin selepas menyertai pelan ini di mana sijil masih dalam tempoh berkuatkuasa maka suami / isteri berkenaan serta tanggungngannya ( jika ada ) layak dimasukkan sebagai keluarga asas

Pengecualian

Penceraian, bekas isteri atau suami kepada ahli hilang kelayakannya sebagai sebagahian keluarga asas dan tidak dilindungi di dalam pelan ini.

Semua jenis kematian yang bertentangan dengan prinsip prinsip Islam seperti kematian disebabkan kecederaan yang disengajakan seperti mabuk, bunuh diri dan seumpanyanya adalah tidak dilindungi di dalam pelan ini.

 

No. akaun bank masjid

Kini anda boleh membuat bayaran secara kredit terus ke akaun bank masjid atau pindahan wang secara atas talian (internet) melalui CIMB (www.cimbclicks.com.my/) atau Maybank (www.maybank2u.com.my).
<Maklumat lanjut>

Kalender Aktiviti Masjid

Kuliah Agama / Kelas Agama - Dewasa
Kelas Untuk Remaja
Aktiviti Kelab Remaja Masjid ( PRIMAJA )
Aktiviti-Aktiviti HELWA
Jadual Kuliah bulanan

Anda berada disini: Laman Utama