HELWA adalah Badan yang dibentuk untuk Hal Ehwal Wanita bagi Jemaah Masjid Muadz bin Jabal, Badan ini dipimpin oleh seorang Pengerusi dan AJK yang dilantik. Tujuan adalah untuk memberi khidmat dan bantuan kepada jemaah-jemaah muslimah, seperti diadakan kelas-kelas pengajian, ceramah agama, khidmat nasihat dan lain-lain aktiviti untuk muslimah.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:
- Kuliah Mingguan Oleh Ustazah Rahmah setiap minggu pertama dan minggu kedua waktu selepas solat azar.
- Kelas Al-Quran - Tajwid (setiap hari Selasa dan Khamis jam 10.00 pagi)
- Kelas Al-Quran - Bacaan (setiap hari Ahad jam 05.00 petang selepas solat asar)
- Lawatan Ke Rumah Anak-Anak Yatim dan lain-lain tempat.
- Khidmat Marhaban
Bagi sesiapa yang berminat sila hadir. untuk keterangan lanjut sila hubungi pejabat masjid (Pn Normala) atau 016-6800463 (Hajjah Hadejah)



